
Seorang sahabat yang selama ini berwajah ceria berwatak manja tiba-tiba murung dan sering termenung. Hatinya keliru kerana diasak kata-kata rindu dari seorang yang cemburu. Jiwanya yang lembut menjadi kalut kerana diugut. Sedangkan kekasihnya setia menunggu dengan penuh rasa rindu. Dia menangis jiwa terguris lantaran bisikan iblis dan takut melihat alam kerana teringat kisah semalam.
Apakah daya untuk membantu walau seluruh jiwa dicurahkan rasa simpati.
Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah dan diberi kekuatan iman.
3 ulasan:
aik..bagi kat sapa nih? Hmmmmm musykil!!
Apa nak dimusykilkan. Sebagai penulis bebas ayah selalu peka dengan persekitaran termasuk pembacaan. Idea akan datang sendiri apabila bertemu dengan pelagai peristiwa dan suasana. Ia lahir bagai aliran air menyusuri sungai. Lantas diterjemahkan dalam bentuk puitis yang boleh menghambat kemurungan hati.
Terserah kepada siapa yang membacanya, yang kadang-kala terasa seolah-olah itulah dirinya.
Tentang hadiah harijadi tu.... ayah akan tunggu kelahiran cucuanda pertama.
siapa yang dimaksudkan ni? ada rahsialah ni,jiwang ya!...
Catat Ulasan