Isnin, 8 April 2013

DULU DIA GURU SAYA, LEPAS ITU JADI IPAR DAN SEKARANG TELAH TIADA

Assalamualaikum wbt.

7 APRIL 2013: 10.45 MALAM
Sedang saya mengetuk-getuk papan kekunci untuk catatan umrah bahagian 3, telefon rumah saya berbunyi. Siapa agaknya yang menelefon? Tentu mustahak sebab bukan semua orang tahu nombor telefon rumah saya kecuali orang tertentu. Ini tentu kes buat panggilan ke HP saya tetapi tiada respond.

Saya biarkan anak mengangkat ganggang.

"Hello...siapa ? ....ada!"

Saya pasti itu tentu untuk saya. Lantas saya mengambil ganggang telefon.

"Bang Tep.....Cikgu Beraim tenat, sekarang kat Hospital Pantai" Itu suara adik lelaki saya yang tinggal di Jerantut. "Kenapa handset tak boleh guna?"

"Sim kad HP hilang semasa di Mekah.  Ingatkan besok nak ganti baru."

Cikgu Beraim ialah Tn Haji Ibrahim bin Atan.  Dia mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam semasa saya di sekolah rendah dulu. Kemudian dia telah berkahwin dengan kakak saya.  Walaupun telah menjadi abang ipar saya dan adik-beradik tetap memanggilnya cikgu.


Berkahwin dengan kakak saya yang merupakan suri rumah tangga sepenuh masa, mempunyai 11 orang anak. Kesemua anaknya bekerja sebagai guru. Seorang dari anaknya masih belajar di Mesir di tahun akhir.

Telefon rumah berdering lagi.

"Bang tep...Cikgu Beraim dah meninggal dunia". Ayat dari percakapan adik saya memeranjatkan saya.

Disebabkan sudah jauh malam saya mengambil keputusan untuk ke rumahnya di Ayer Hitam pada keesokkan hari, lagipun mood Mekah masih ada - suara serak dan batuk-batuk.


Gambar-gambar di bawah dipaparkan buat dua orang anaknya yang tidak dapat bersama di saat-saat akhir ayahandanya disemadikan.

Nabila yang berada di Mesir dan Amir yang hanya tiba sekitar jam 2 petang dari Tuaran Sabah.


Jenazah dalm rumah.  Saya ambil dari jauh sebab menghormati keluarga tuan rumah


















Mokhtar (salah seorang penggali kubur)
 







Kepada kakak saya Hjh Sadiah binti Haji Salim dan semua anaknya...bersabarlah.  Sememangnya kita akan bersedih apabila orang yang kita sayangi pergi meninggalkan kita buat selamanya.  Tetapi kita perlu redha kerana allahyarham pergi mengadap penciptanya yang juga merupakan pencipta kita.  Sampai masanya kita akan pergi juga.... Al-fatehah untuk Tuan Haji Ibrahim bin Atan bekas guru saya yang juga merupakan suami kepada kakak saya !!
.....................................


4 ulasan:

Shila berkata...

Terima kasih pak lang. Gambar2 dalam catatan ini menjadi kenangan sepanjang hayat kami sekeluarga di hari pemergian almarhum ayah tercinta. Kami memang tiada menyimpan walau sekeping pun gambar dalam koleksi kami sekeluarga. Izinkan saya copy semua gambar2 di sini. t.kasih

Ateh Salim berkata...

Tau...
Cuma hari tu gunakan HP sahaja.
Mula2 nak ambil gambar2 semasa jenazah di rumah...tetapi bimbang (mungkin) ada orang kurang senang hati sebab mengambil gambar kematian.
Begitu juga semasa di tanah perkuburan...sebab itu sudut2 yang ambil kurang menarik.
Dalam hati: Kalau aku tak ambil gambar ni, tentu dua orang anaknya tidak dapat langsung melihat 'suasana' ketika itu.

bunga cinta berkata...

terima kasih pak lang sbb ambil gmbr ni semua..bilah memang ada hasrat nk mntk akk2/abg2 bilah ambilkn gmbr..tp x ckp pon.sbb paham keadaan mrka.
terima kasih byk2 pak lang sbb ingt bilah..

Mahadzir bin Ibrahim berkata...

Sedekahkan surah al fatihah untuk ayah tercinta. Baru masuk 3 hari tapi rasa lagi kesedihan, tak tau bila akan hilang, Rasa macam baru berlaku, Semoga Roh Ayah tenang di sana dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Setiap jasa bakti ayah terlalu banyak dan tak mungkin dapat dibalas.Terima Kasih Ayah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...