SERONOKNYA BERSOLAT DI MASJIDILHARAM
Selama seminggu berada di Masjidilharam, saya pastikan dapat melihat kaabah setiap kali bersolat. Tidak kiralah sama ada solat sunat atau solat fardu. Untuk melihat keseluruhan kaabah memang agak sukar kerana di kawasan masjid terdapat banyak tiang yang besar-besar. Oleh itu datang lebih awal adalah lebih baik. Adalah sekali sekala saya (kami) bersolat di dataran kaabah, tetapi saya tidak berasa selesa kerana lantainya terlalu sejuk dan saya tidak boleh bertahan lama untuk duduk. Kalau bersolat di datarannya, memanglah keseluruhan kaabah di hadapan mata kita.
![]() |
| Pelbagai bangsa dari pelbagai negara, tetapi satu agamanya |
BERTEMU DENGAN PELBAGAI PENGIKUT MAZHAB
Mula-mula agak rasa janggal juga melihat gelaggat orang-orang yang bersolat. Lama-lama menjadi lali, kerana kita memang tahu ada empat mazhab terutama jemaah dari blok Eropah. Berdiri lurus semasa membaca fatihah, memutar-mutar atau menggoyang-goyangkan jari telunjuk ketika tahyat awal dan tahyat akhir adalah diantaranya. Ada juga yang sujud sambil kedua belah telapak tangannya diterbalikkan seperti orang berdoa. Paling ketara apabila ada jemaah yang berjalan sehingga melebihi tiga langkah untuk memenuhi saf yang masih kosong di hadapan.
Ada sekali tu, jemaah di sebelah saya (kami sedang bersolat fardu) batuk-batuk. Dia menyeluk poket seluar lalu melipat saputangan dan menghembuskan hingus ke saputangannya. Mungkin untuk kepuasan hatinya, dia melihat saputangan dan melipatnya sekali lagi sebelum memasukkannya semula ke dalam poket seluar. Saya dapat melihatnya kerana berdiri bersebelahan.
| Dua orang anak saya (lelaki) membaca alquran sementara menunggu waktu solat. Ada jemaah baring/tidur - pemandangan biasa di Mekah. |
Berbanding di tempat kita, kanak-kanak disuruh bersolat di bahagian belakang. Ada setengah-tengah masjid yang meletakkan papan tanda melarang kanak-kanak belum mumaiz masuk ke dalam masjid atau ke kawasan-kawasan tertentu. Memanglah ada rasionalnya apabila sesuatu peraturan itu dibuat.
Namun di Masjidilharam, saya lihat kanak-kanak (malah yang masih pakai pampes) di bawa bersama oleh ibu bapa mereka. Budaya pergi bersolat ke masjid telah dipupuk sejak kecil lagi. Tidak ada pegawai/kaki tangan masjid yang menegur atau memarahinya. Ketika bersolat jemaah ada terdengar suara kanak-kanak menangis memanggil..mammammaa..sudah menjadi perkara biasa walaupun di hadapan kaabah.
Ada sekali, saya lihat seorang kanak-kanak (kulit hitam) dalam lingkungan setahun diikat pergelangan tangannya dengan seutas tali kecil dan di hujungnya diikatkan pula ke tangan bapa yang sedang solat. Tujuannya tentulah supaya kanak-kanak itu merayap ketika bapanya bersolat.

| Memupuk budaya cintakan masjid sejak dari kecil |
Memang terdapat beberapa situasi berbeza diantara Masjidilharam di Mekah dengan Masjid Nabawi di Madinah.
Di Mekah jemaah lelaki dan perempuan bercampur aduk. Walaupun tempat solat antara kedua jantina ini dipisahkan, ada juga jemaah wanita yang degil memasuki ruang lelaki. Ini menyebabkan pegawai bertugas sentiasa memantau dan mengarahkan kaum wanita beredar. Ketika keluar menerusi pintu-pintu masjid sehinggalah ke kawasan hotel penginapan, lelaki dan perempuan bercampur aduk. Ada kalanya kita hampir berlanggar dengan lain jantina. Ini memberi peluang kami (saya) melihat keseluruhan jemaah yang pergi dan balik dari masjid. Saya dapati semua wanita (terutama yang muda-muda) mempunyai wajah yang cantik. Saya tidak tahu mereka dari negeri mana, sama ada berjalan secara berkumpulan, sendirian ataupun keluarga. Kebanyakan wanita-wanita ini mengenakan pakaian labuh berwarna hitam atau jubah.

Sebagai seorang lelaki normal saya terfikir, sedangkan di Mekah Allah menempatkan wantia-wanita yang cantik; bagaimanakah nanti paras bidadari yang dijanjikan olehNYA di syurga kelak.
Kanak-kanak yang didukung pun comel-comel bagaikan anak patung, sehingga rasa nak cubit pipinya.
![]() |
| Comelkan kanak-kanak dari keluarga German ini...geram tengok ! |
Sebelum ke Mekah ada rakan-rakan yang baru pulang berumrah memberitahu, orang terlalu ramai, hampir seperti musim haji. Manusia lelaki perempuan, kecil besar bersesak-sesak. Malah ada seorang kawan isteri memberitahu yang kakinya luka kerana digesel dengan kerusi roda yang ditolak. Anak perempuannya pula terjatuh semasa tawaf dan seorang yang berbadan besar dan tegap terduduk ke atasnya. Ada juga yang memberitahu dia terpaksa keluar dari kumpulan ribuan manusia itu kerana wuduknya terbatal. Bila hendak keluar ada dua kesukaran. Pertama terpaksa berhimpit-himpit dengan pergerakan yang terhad untuk keluar. Keduanya untuk mencari bilik air bukannya dekat.
Ini semua membuat hati berdebar-debar dan sekali-sekala terlintas kebimbangan. Namun semuanya hilang bila diri kita telah bercampur dengan kelompok manusia yang ramai itu. Sebelum meninggalkan hotel untuk bertawaf, saya mendirikan solat taubat dan hajat - memohon ampun dan berdoa sungguh-sungguh agar Allah memberikan ruang dan kemudahan kepada kami untuk melakukan tawaf:
"Ya Allah...ampuni kami. Ampuni aku, isteriku dan anak-anakku. Hari ini aku hendak melakukan tawaf buat kali pertama dalam hidupku. Tolonglah aku...sihatkan tubuh badanku, Berikanlah ruang untuk aku serta isteri dan anak-anak melakukannya dengan sempurna. Kami bersyukur kerana hari ini kami telah menjadi tetamuMU....Ampunkan aku Ya Allah...!"
Orang memang ramai, bercampur aduk lelaki dan wanita. Bergerak seiring mengelilingi kaabah. Ruang untuk kami telah disediakan oleh Yang Maha Esa dan Berkuasa. Saya berjalan sambil memegang lengan anak dara saya. Sementara tangan isteri dipegang oleh anak lelaki. Ada kalanya kami bergerak perlahan apabila di hadapan ada wanita berjubah labuh meleret ke lantai. Bimbang terpijak hujung jubahnya. Ada kalanya dapat berjalan pantas kerana ada ruang kosong di hadapan.
Tidak sampai satu jam tamat tujuh pusingan tawaf kami.
| Isteri dan anak2 bersolat sunat serta berdoa selepas selesai tawaf |
| Kaabah di hadapan mata kami |
SAIE YANG MERIAH
Kami sampai di tempat saie di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Orang ramai, tetapi banyak ruang yang kosong. Kami berjalan pantas, sekali-sekala berlari anak (lelaki) apabila sampai di kawasan lampu berwarna hijau. Bila rasa penat kami berhenti sebentar dan minum air zam-zam yang terdapat di tepi laluan.
Kesilapan saya, ialah kegairahan hendak menamatkan cepat. Bila mendaki Bukit Safa dan Bukit Marwah untuk kali kelima,urat-urat betis dan peha menjadi tegang. Tapi saya teruskan juga hingga selesai. Akibatnya terpaksa berjalan terhencut-hencut. Apalagi, tapak kaki saya yang pecah terasa pedih dan perit sedikit.
![]() |
| Keadaan di tempat saie |
| Sempat bergambar ketika saie |
| Minum air zam-zam bila dahaga/penat |
| Tamat bersaie - isteri dan anak2 bergambar berlatarbelakangkan Bukut Safa |
TAHALUL
Dalam beg sandang saya, selain ada duit (Ringgit Malaysia dan Saudi Riyal), ada buku kecil (pesanan doa kawan2), botol berisi air zam-zam dan gunting. Isteri dan anak-anak saya bertahlul iaitu menggunting sedikit rambut sekurang-kurangnya tiga helai. Saya pula bercadang untuk membotakkan kepala. Itulah kali pertama kepala saya dibotakkan sejak kecil.
| Isteri siap bertahalul |
| Membotakkan kepala (bertahalul) |
| Inilah rupa saya setelah tamat umrah wajib |
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10 (Akhir)
Bersambung....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan