MINYAK WAK DAKAM HABIS SEBOTOL
Seperti pesan kawan-kawan yang pernah pergi ke Mekah, saya pun membawa ubat-ubatan yang diperlukan. Isteri membawa ubat-ubat tambahan seperti B-Complek, Minyak (gosok) Wak Dakam, Minyak kelapa dara untuk sebarang kemungkinan. Saya membeli pil sakit tekak dan selsema.
Sehingga balik ke tanah air, pil sakit tekak dan selsema tidak digunakan langsung. Pil B-Complek pula kadang-kadang diambil kadang-kadang tidak. Disebabkan terasa sengal-sengal di bahagian betis dan peha, saya menggosoknya dengan Minyak Wak Dakam bila setiap kali pulang ke hotel. Cukup empat hari di Mekah habis sebotol yang digunakan untuk saya sahaja. Minyak kelapa dara pula saya simpan untuk kegunaan di Madinah. Sampai di Madinah, minyak kelapa dara menjadi beku.
Sehingga balik ke tanah air, pil sakit tekak dan selsema tidak digunakan langsung. Pil B-Complek pula kadang-kadang diambil kadang-kadang tidak. Disebabkan terasa sengal-sengal di bahagian betis dan peha, saya menggosoknya dengan Minyak Wak Dakam bila setiap kali pulang ke hotel. Cukup empat hari di Mekah habis sebotol yang digunakan untuk saya sahaja. Minyak kelapa dara pula saya simpan untuk kegunaan di Madinah. Sampai di Madinah, minyak kelapa dara menjadi beku.
| Minyak kelapa dara menjadi beku. Suhu malam di Madinah sejuk. |
Itulah satu perkara yang membimbangkan saya sebelum berangkat ke Mekah. Keluar angin memang pekara biasa dan selalu hendak buang air kecil kerana saya mengambil herbalife. Memang ada doa untuk menahan itu semua, tetapi susah nak dihafal. Jadi berdoa dalam Bahasa Melayu sahaja: " Dengan namaMu Ya Allah, aku bermohon untuk memudahkan aku melaksanakan ibadah sepanjang masa di Mekah ini."
Syukur...semasa di Mekah, wuduk saya boleh tahan sehingga empat lima jam. Untuk mengambil wuduk di Masjidilharam kita perlu keluar dari masjid menuju bilik air yang agak jauh dan terletak di tingkat bawah tanah. Bila balik semula ke tempat yang kita tinggalkan tadi, orang lain sudah mengambil tempat kita. Terpaksalah kita mencari tempat lain, atau jika kurang bernasib baik akan sembahyang di bahagian dataran masjid. Memang ramai yang bersolat di situ. Pada pendapat saya adalah satu kerugian kalau bersolat di luar masjid, setelah datang dari beribu km dengan belanja yang mahal dan pada kali pertama pula.
| Saya berdoa semoga Allah menjemput saya untuk mengerjakan haji pula, seperti rakan2 yang terdahulu dari saya. |
Masih di Mekah. Bilik saya 1414, penghuninya 5 orang. Bilik di sebelah 1413, penghuninya Tn Hj Yusof dan isteri. Mereka berdua sahaja dan dikenakan bayaran lebih. Bilik air kami berkongsi. Bayangkan: Masing-masing hendak cepat ke masjid atau tergesa-gesa pulang ke hotel. Semua nak masuk ke tandas melepaskan hajat masing-masing.
Seawal jam 2.30 pagi saya bangun dan masuk ke tandas. Lepas itu saya kejut (kadang-kadang paksa) anak-anak dan isteri masuk secara bergilir. Tn Hj Yusof dan isteri baik orangnya. Dia faham situasi itu. Kalau dia kecemasan, saya suruh dia masuk dahulu.
MELAWAT SEKITAR MASJIDILHARAM
Ustaz membawa kumpulan kami melawat sekitar Masjidilharam. Disebabkan banyak pembinaan dilakukan, maka habuk pun berterbangan bebas. Sebab itu orang Arab guna kain penutup kepala untuk senang menutup muka (mulut/hidung), kata ustaz. Saya pun ikutlah..
Sambil berjalan, ustaz menerangkan sesuatu
![]() |
| Berjalan bersama ustaz. Agaknya kalau saya jalan macam ni di Malysia...tentu kena tahan polis. |
![]() |
| Tapak bekas rumah Nabi di Mekah |
Hotel di Mekah lifnya ada lima tetapi kecil-kecil. Muat untuk 5-6 orang. Kadang-kadang lebih ramai masuk. Semuanya sabar dengan keadaan itu. Hendak menggunakan tangga tidak munasabah - tingkat 14. Tetapi tempat makan hanya di tingkat 3. Biasanya kami naik tangga sahaja.
MAKANAN YANG ENAK LAGI MENGENYANGKAN
Hotel kami di Mekah menempatkan jemaah dari Malysia, Singapura dan Indonesia. Makanan yang disediakan memang bersesuaian dengan tekak orang-orang tiga negara itu. Selera saya sedap sahaja. Bangun pagi terus solat subuh, lepas itu pulang ke hotel untuk bersarapan. Makan tengah hari pula selepas solat zuhor. Dan makan malam selepas solat isyak. Biasanya isteri dan anak perempuan saya mendahului saya dan anak-anak lelaki sampai ke tempat makan. Saya pun hairan macam mana dua beranak itu boleh sampai cepat sedangkan orang bersesak-sesak di jalanan. Hendak keluar pintu masjid sahaja sudah berhimpit-himpit.
| Makanlah seberapa banyak yang mahu, selagi tidak mengambil hak orang lain |
| Sentiasa makan di satu meja |
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10 (Akhir)
Bersambung....



Tiada ulasan:
Catat Ulasan