Assalamualaikum wbt.
Hah...dah sampai bahagian ke-7 catatan saya ni.
Panjang lagi ke? Sampai bahagian ke berapa. Saya pun tak tahu. Kisah-kisah di Madinah belum saya sentuh lagi, kecuali kisah minyak kelapa dara yang jadi beku. Itupun saya tak tulis semua....seperti jemaah (Eropah) yang mengamuk dalam lif dan budak menjerit sebab air panas tercurah di badannya. Ada orang baca ke? Berdasarkan statistik yang saya lihat....ramai jugalah. Lagipun...daripada saya menulis cerita-cerita fitnah dan mengarut tentang pilihanraya ke-13 lebih baik saya tulis kisah saya.

IBADAH YANG MENYERONOKKAN
Berdasarkan pembacaan tentang kisah-kisah mereka yang pernah mengerjakan umrah dan haji, memang betullah berada di tanah suci memang seronok. Fikiran kita sentiasa ingat dan bersedia untuk melakukan ibadah di masjid. Bangun di awal pagi. Berduyun-duyun ke masjid. Setiap kali bertanya: waktu solat pukul berapa? Sebelum azan berkumandang semua sudah berada dalam masjid. Alangkah baiknya jika keadaan itu berterusan bila kembali ke tanah air.
TIDUR YANG MENYERONOKKAN
Bukan sahaja melakukan ibadah satu keseronokan, malah tidur pun nyenyak. Apa taknya...badan dah penat dan letih, makan pula berselera (sayalah tu, orang lain saya tak tau), maka tidur pun nyaman juga. Walaupun waktu tidur sangat terhad, tetapi masih sempat tidur di tengahari.
Saya selalu bising (biasalah orang tua...) terhadap anak-anak. Mengejut mereka seawal jam 2.30 atau 3 pagi, kemudian suruh mandi. Saya katakan kepada mereka: "Kita datang sini nak beribadat bukan nak membuta."
BERBELANJA DI MEKAH
Kalau tak membeli tak sah. Walaupun saya sudah pesan kepada isteri: "Kita datang sini nak beribadat, membeli-beli tu sampingan sahaja." Lagipun di Mekah pilihan barangan tidak sebanyak yang terdapat di Madinah. Nak memberi barangan sempena berada di Kota Mekah, walaupun lebih 90% barangan yang dijual adalah made in China.
Dua jenis bahan/barangan yang tidak saya lihat terjual sama ada di Mekah atau di Madinah. Kasut dan baju dalam wanita. Kalau selipar atau sandal memang banyak. Tidak ada jemaah yang memakai kasut/sepatu, jadi menjualnya dirasakan tidak perlu. Sementara di sana-sini lambakan, longgokan dan kadang-kala susunan kopiah (songkok haji) yang pelbagai pilihan. Bila melihat keadaan tersebut, saya teringat pasar lambak di negara sendiri...banyak longgokan baju dalam wanita.
Penjual-penjual di Mekah dan Madinah boleh berbahasa Melayu. Kebanyakan harga barangan semurah-murahnya SAR5 dan SAR10. Kalau pandai menawar dapat jugalah kurang menjadi SAR3 atau SAR7.
LAWATAN KE LUAR KOTA MEKAH
HARAM MENGGUNAKAN TELEFON
Semasa di Masjid Tanaeem untuk berniat ihram saya asik menelefon anak-anak di tanah air, bertanyakan khabar. Tiba-tiba saya didatangi seorang lelaki. Dia menunjuk-nunjuk ke arah saya sambil bercakap sesuatu dalam Bahasa Arab dan menyebut perkataan 'HARAM' beberapa kali. Saya tidak faham percakapannya. Yang saya faham perkataan 'HARAM' sahaja. Hati saya tak senang. Mungkin kawasan masjid ini dilarang menggunakan telefon, sebab itu dia kata 'HARAM' berkali-kali. Lalu saya pun memasukkan telefon ke dalam beg sandang.
Rupanya perbuatan saya itu diperhatikan oleh Hjh Zaiton, jiran bilik hotel saya. Dia boleh bertutur dalam Bahasa Arab. "Itu pemandu teksi, dia tanya nak pergi Masjidilharam ke?, Orang sini sebut HARAM, bermakna TANAH HARAM."
Saya ketawa besar, "Ingatkan dia kata saya pakai telefon tu haram." Dua tiga orang jemaah berdekatan saya turut ketawa.
"Tapi bila dia sebut 'HARAM' berkali-kali tu, saya teringat perkataan 'haram jadah' yang disebut oleh Datuk Najib. Sekali lagi mereka ketawa.
Saya bukan buat lawak. Cakap biasa-biasa sahaja.
---------------------------------------------------------------------
Akan datang kisah-kisah di Madinah pula...
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10 (Akhir)
Bersambung...

| Ngeri pulak tengok budak2 ni tidur. |

| Kuasa membeli orang pompuan memang hebat |
![]() |
| Jabal Thur |
![]() |
| Padang Arafah |
| Tempat niat di Masjid Tanaeem |
| Hudaibiyah |
| Tinggalan bangunan di sebelah masjid Hudaibiyah |
| Ladang Unta |
| Di Dalam Muzium Haramain |
HARAM MENGGUNAKAN TELEFON
Semasa di Masjid Tanaeem untuk berniat ihram saya asik menelefon anak-anak di tanah air, bertanyakan khabar. Tiba-tiba saya didatangi seorang lelaki. Dia menunjuk-nunjuk ke arah saya sambil bercakap sesuatu dalam Bahasa Arab dan menyebut perkataan 'HARAM' beberapa kali. Saya tidak faham percakapannya. Yang saya faham perkataan 'HARAM' sahaja. Hati saya tak senang. Mungkin kawasan masjid ini dilarang menggunakan telefon, sebab itu dia kata 'HARAM' berkali-kali. Lalu saya pun memasukkan telefon ke dalam beg sandang.
Rupanya perbuatan saya itu diperhatikan oleh Hjh Zaiton, jiran bilik hotel saya. Dia boleh bertutur dalam Bahasa Arab. "Itu pemandu teksi, dia tanya nak pergi Masjidilharam ke?, Orang sini sebut HARAM, bermakna TANAH HARAM."
Saya ketawa besar, "Ingatkan dia kata saya pakai telefon tu haram." Dua tiga orang jemaah berdekatan saya turut ketawa.
"Tapi bila dia sebut 'HARAM' berkali-kali tu, saya teringat perkataan 'haram jadah' yang disebut oleh Datuk Najib. Sekali lagi mereka ketawa.
Saya bukan buat lawak. Cakap biasa-biasa sahaja.
---------------------------------------------------------------------
Akan datang kisah-kisah di Madinah pula...
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10 (Akhir)
Bersambung...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan