Assalamualaikum wbt.
AHAD: 31 Mac 2013
Selepas bersarapan pagi, kami melaksanakan tawaf wada' bersama. Tawaf wada' atau tawaf selamat tinggal wajib dibuat apabila kita hendak meninggalkan Mekah. Kami akan bertolak ke Madinah pula dengan dua buah bas yang jaraknya sejauh lebih kurang 600 km.
Di sepanjang perjalanan selama 8 jam itu (sama dengan tempoh masa penerbangan dari KLIA ke Jeddah) saya lihat di kiri-kanan jalan kebanyaknya bukit berbatu-batan dan padang pasir semata-mata. Lebuhrayanya lurus membolehkan kenderaan lancar perjalanannya. Bas kami berhenti dua kali di RnR kerana ada jemaah yang hendak melepaskan hajat. Keadaan RnR nya sangat berbeza berbanding RnR di tempat kita.
| Beg-beg jemaah yang hendak dibawa ke Madinah |
| Keadaan bas yang selesa, pemandunya orang Indonesia |
| Pemandangan di kira dan kanan lebuhraya |
| Waktu matahari terbenam |
| RnR |
Keadaan Madinah sangat berlainan berbanding Mekah. Pembangunan di Mekah seperti tidak tersusun dan dalam pembinaan (merobohkan bangunan-bangunan lama untuk digantikan dengan bangunan moden). Disebabkan pembangunan di sana-sini menyebabkan tahap udaranya berhabuk.
Madinah pula bangunannya tersusun dengan cantik, bersih dan teratur. Kami ditempatkan di Hotel AlMukhtara International bertaraf 4 bintang. Di sini setiap hotel ada tandasnya sendiri. Tandasnya pula ada dua - cangkung dan duduk. Kami berlima masih tinggal sebilik.
Cuacanya pada waktu siang panas sementara di waktu malam agak sejuk. Ada orang yang mengatakan sejuknya hingga menggiggil. Mungkin lain orang lain bahagiannya. Saya rasa sejuknya tidak sesejuk di Cameron Highland. Jadi tidak perlulah saya memakai baju sejuk yang saya bawa.
| Depan Hotel di Madinah |
| Baju (jubah) wanita yang dijual disusun dengan seni tersendiri |
MAKANAN YANG SETAKAT BOLEH DIMAKAN
Berbanding di Mekah, penyediaan makanan di Madinah kurang memuaskan. Tetapi tidak ada rungutan dari jemaah. Pengendali makanan selalu lambat menyediakan makanan. Bila jemaah sudah sampai, barulah pengendali makanan sibuk menyusun dan menghidupkan suis pemanas air. Saya selalu tidak minum air yang tidak pasti masak atau tidak. Saya hanya minum air zam-zam yang sentiasa diisi dalam botol.
MASJID NABAWI YANG BESAR LAGI INDAH
Tergamam dan terpegun ketika kali pertama saya melihat Masjid Nabawi. Disebabkan kami sampai ke Madinah sudah lewat malam, kami hanya pergi ke masjid yang jaraknya lebih-kurang 100 meter dari hotel pada keesokan paginya. Orang tidak berapa ramai berbanding di Masjidilharam. JIka datang 15 minit lagi waktu solat pun masih dapat tempat. Tetapi saya datang lebih awal kerana hendak mendapatkan tempat di bahagian hadapan. Jemaah di Masjid Nabawi boleh dikatakan lebih disiplin berbanding jemaah di Masjidilharam. Tempat perempuan dan lelaki juga dipisahkan, jadi tidak ada berlaku kesesakan antara dua jenis jantina itu di pintu masuk.
LAWATAN SEKITAR MADINAH
MEMBELI KURMA
Tidak sah kalau kita tidak membeli kurma jika pergi ke Mekah atau Madinah. Dikatakan kurma Madinah adalah kurma yang terbaik di dunia. Kami membeli sekadar untuk dimakan dan diberikan kepada anak-anak yang ada di tanah air. Anak-anak pula teringat kawan-kawannya di sekolah atau maktab. Bahasa perantaraan dengan penjual kurma ini ialah Bahasa Melayu.
GELAGAT PENIAGA DI MADINAH
Saya seronok melihat kedai-kedai yang menjual barangan di kiri kanan jalan antara hotel kami dengan masjid Nabawi. Para peniaga memanggil-memanggil pejalan kaki untuk singgah di kedainya. Ada yang berkata 'Malaysia Bagus'...'Malaysia Boleh'.....Sharifah Aini dan Siti Norhalizah. Seperti di Mekah, saya dapati kebanyakan barangan dijual dengan harga serendah SAR5 dan SAR10. Jika kita pandai menawar dapatlah kurang SAR1 atau SAR2.
Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10 (Tamat)
Berbanding di Mekah, penyediaan makanan di Madinah kurang memuaskan. Tetapi tidak ada rungutan dari jemaah. Pengendali makanan selalu lambat menyediakan makanan. Bila jemaah sudah sampai, barulah pengendali makanan sibuk menyusun dan menghidupkan suis pemanas air. Saya selalu tidak minum air yang tidak pasti masak atau tidak. Saya hanya minum air zam-zam yang sentiasa diisi dalam botol.
| Bersyukur walaupun penyediaan makanan kurang memuaskan |
Tergamam dan terpegun ketika kali pertama saya melihat Masjid Nabawi. Disebabkan kami sampai ke Madinah sudah lewat malam, kami hanya pergi ke masjid yang jaraknya lebih-kurang 100 meter dari hotel pada keesokan paginya. Orang tidak berapa ramai berbanding di Masjidilharam. JIka datang 15 minit lagi waktu solat pun masih dapat tempat. Tetapi saya datang lebih awal kerana hendak mendapatkan tempat di bahagian hadapan. Jemaah di Masjid Nabawi boleh dikatakan lebih disiplin berbanding jemaah di Masjidilharam. Tempat perempuan dan lelaki juga dipisahkan, jadi tidak ada berlaku kesesakan antara dua jenis jantina itu di pintu masuk.
| Senibina Masjid Nabawi yang mengkagumkan |
| Suasana dalam Masjid Nabawi |
| Bergambar ramai sebagai kenangan |
| Sebahagian Bukit Uhud yang panjangnya 7 km |
| Perkuburan Para Suhada' di Bukit Uhud |
MEMBELI KURMA
Tidak sah kalau kita tidak membeli kurma jika pergi ke Mekah atau Madinah. Dikatakan kurma Madinah adalah kurma yang terbaik di dunia. Kami membeli sekadar untuk dimakan dan diberikan kepada anak-anak yang ada di tanah air. Anak-anak pula teringat kawan-kawannya di sekolah atau maktab. Bahasa perantaraan dengan penjual kurma ini ialah Bahasa Melayu.
GELAGAT PENIAGA DI MADINAH
Saya seronok melihat kedai-kedai yang menjual barangan di kiri kanan jalan antara hotel kami dengan masjid Nabawi. Para peniaga memanggil-memanggil pejalan kaki untuk singgah di kedainya. Ada yang berkata 'Malaysia Bagus'...'Malaysia Boleh'.....Sharifah Aini dan Siti Norhalizah. Seperti di Mekah, saya dapati kebanyakan barangan dijual dengan harga serendah SAR5 dan SAR10. Jika kita pandai menawar dapatlah kurang SAR1 atau SAR2.
....................................
Bahagian 1Bahagian 2
Bahagian 3
Bahagian 4
Bahagian 5
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10 (Tamat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan