Ahad, 22 Februari 2009

HAK CIPTA

Bila menyebut hak cipta, saya teringat bahan-bahan nota yang saya hasilkan dalam bentuk power point sejak berkecimpung dalam Program Pemulihan Khas. Memang telah menjadi kebiasaan, apabila menghasilkan sesuatu bahan (multimedia) saya akan buat yang terbaik beserta dengan grafik dan animasinya. Saya memang ada sedikit kemahiran kerana pernah mengikuti kurus 14 minggu Komputer dalam pendidikan dan kursus multimedia anjuran PSPN di UPM pada suatu masa dulu. Malangnya saya hanya berkepakaran menggunakan perisian power point, yang tidak selamat dari hak cipta.

Banyak bahan nota yang saya telah hasilkan, ianya tersebar melalui peserta kursus yang kemudian disalin oleh orang lain. Kadang-kala bahan tersebut diubah suai. Namun sama ada dibuat semula atau diubah suai, saya tetap kenal ..itu adalah hasilan saya. Rakan-rakan yang rapat pun tahu atau dapat mengenainya. Mereka akan menelefon saya dari tempat kursus jika penceramah/pensyarahnya menggunakan bahan saya walaupun telah ditukar nama penciptanya.

Pernah seorang pensyarah menunjukkan satu nota kursus (power point) yang tercatat Jabatan Pelajaran Sarawak. Saya kenal itu adalah ciptaan saya walaupun telah diubahsuai. Ada juga rakan yang menunjukkan bahan yang katanya diterima dari Institut Perguruan Ilmu Khas. Apabila saya lihat, hati saya tersentuh kerana saya kenal benar bahan itu asalnya, bahan saya yang siap dengan grafiknya.
Begitu juga apabila guru-guru Pemulihan Khas SKM menunjukkan notanya, saya akan teruja kerana itu adalah bahan saya (walaupun telah diubahsuai).

Saya percaya dan yakin, banyak bahan-bahan saya telah tersebar luas di seluruh Negara. Maka hati kecil saya berkata,….’tak apalah, walaupun orang tak tahu itu adalah hasil ciptan saya, tetapi, Allah tahu dan rakan-rakan yang tahu, juga tahu. Sekurang-kurangnya saya telah mewarnai program Pemulihan Khas di Malaysia, walaupun tidak digembar-gemburkan. Dan itulah pengorbanan persendirian yang tak pernah minta diberi penghargaan.’

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul tu ...Allah menegtahui segala-galanya...yang penting niat kita terhadap sesuatu yang kita buat itu ikhlas kerana Allah SWT...banyak pahalanya yang en ateh dapat...kerana ilmu yang telah diturunkan itu (walaupun diciplak)telah tersebar luas dan digunakan oleh semua pihak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...