Sebahagian ahli Mesyuarat Pemurnian P1NCH Johor di Hotel Selesa, Pasir Gudang pada 26 - 28 Feb 2009, terdiri daripada JU, Guru Cemerlang BM, Guru Cemerlang Matematik, Guru Cemerlang Pemulihan Khas dan Pegawai PPD serta JPNJSAYA difahamkan ramai di kalangan rakan-rakan Guru Pemulihan Khas (negeri Johor) yang sering melawat blog ini. Jadi saya ambil kesempatan untuk memaklumkan beberapa maklumat terkini men genai perkembangan Program Pemulihan Khas di negeri kita dan mungkin di peringkat kebangsaan setakat yang saya tau di blog ini. Sebenarnya saya berhasrat untuk membangunkan satu laman web atau blog khusus untuk Pemulihan Khas….nantilah, kerana masa belum mengizinkan.
Penolong Pengarah Pemulihan Khas JPNJ: Tn. Majer Sazali b A. Hamid
Penyelia Pemulihan Khas JPNJ: En. Sahiran b Kamarudin
Pada tahun ini beberapa perubahan dari segi pengurusan dan pentadbiran Program Pemulihan Khas akan dilakukan. Antaranya perlantikan dan penyusunan semula jurulatih utama negeri. Berkemungkinan akan berlaku lantikan baru dan berkemungkinan akan ada pengguguran. Proses ini akan dilakukan oleh JPNJ berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan. Kepada yang akan dilantik dan yang akan dikekalkan tiada menjadi masalah. Namun kepada yang ‘berkemungkinan’ digugurkan janganlah pula berasa susah hati.
Pada masa-masa yang lepas, saya akui bahawa saya ‘kadang-kala’ turut terlibat dalam menentukan pelantikan seseorang JU dan pemilihan seseorang JU di sesuatu kursus yang dijalankan, namun keputusan muktamat adalah dipihak JPNJ. Saya perlu nyatakan di sini kerana saya terdengar ada rakan-rakan JU yang menyatakan saya ‘pilih kasih’. Saya menghormati semua rakan-rakan JU. Tetapi, jika ada JU yang menerima komplen dan memang tidak menunjukkan kerjasama serta tiada idea, biasanya JU ini tidak akan dipanggil dalam sesuatu kursus/mesyuarat/seminar/bengkel beriktnya.
Lagipun sebenarnya kita tidak boleh (termasuk saya) mengiktiraf diri kita sebagai JU sebab tiada apa-apa surat lantikan dari JPNJ. Perlantikan JU hanya wujud jika ada sesuatu kursus atau bengkel dijalankan. Begitu juga dengan JU ETEMS. Kursus ETEMS telah tamat, maka dengan sendirinya jawatan JU itu tamat. Itu sebabnya JU sentiasa berubah-ubah mengikut program kursus/benkel.
Itu polisi lama. Tentu JPNJ ada rasionalnya berbuat demikian. Bagaimanapun polisi JPNJ kini mungkin berubah. Saya dapati Tn Majer sangat bersungguh-sungguh dalam kerjanya dibantu pula oleh En Sahiran yang memang saya kenal sebagai seorang yang rajin (Dulu En Musa pun bersungguh-sungguh tetapi dengan caranya. Kita pun seronok waktu itu. Dan banyak perkara yang telah dilakukan walau mendapat banyak rintingan – khususnya kewangan).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan