PENGERTIAN UMRAH
Umrah - mengunjungi Baitullah al Haram pada bila-bila masa untuk mengerjakan ibadat tertentu menurut syarat-syaratnya.
DALIL UMRAH
Dari Ibnu Umar RA tidak ada seorang pun melainkan wajib baginya sekali haji dan sekali umrah kerana disebut kedua-duanya serentak dalam ayat:196 Al-Baqarah sebagai perintah. Perintah bererti wajib maka umrah wajib seperti haji. - Imam Bukhari Bab Umrah.
WAJIB UMRAH
- Niat ihram umrah di Miqat.
- Meninggalkan perkara larangan semasa dalam ihram.
*Niat ihram umrah adalah rukun, berniat ini wajib dilakukan di miqat (harus berniat ihram sebelumnya).
*Setelah berniat ihram (di Miqat atu sebelumnya) wajib meninggalkan larangan dalam ihram.
ALIRAN AMALAN IBADAT UMRAH
- Niat umrah (RU)
- Niat ihram umrah di Miqat (WU)
- Meninggalkan larangan semasa dalam ihram (WU)
- Tawaf (WU)
- Sa'ie (RU)
- Bercukur / bergunting (RU)
- Tertib pada semua rukun (RU)
WU = WAJIB UMRAH
NIAT MENGERJAKAN UMRAN
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Ta'ala."
MIQAT UMRAH
MIQAT MAKANI (tempat) bagi penduduk luar Makkah:
- YALAMLAM - yang datang dari arah Yaman
- BIR ALI - yang datang dari arah Madinah
- AL-JUHFAH - yang datang dari arah Syam
- QARN ALMANAZIL - bagi yang datang dari arah Asia
- ZATU IRAQIN - yang datang dari arah Iraq
MIQAT MAKANI (tempat) bagi penduduk yang berada dalam Makkah iaitu keluar ke Tanah Halal seperti:
- JI'RANAH
- TAN'IM
- HUDAIBIYYAH
- SHUMAISYIY
TAWAF WADA'
Tawaf Selamat Tinggal yang wajib dilakukan bagi mereka yang hendak meninggalkan Makkah lebih dari 2 Marhalah (lebih kurang 56 batu atau 91 km) dan lebih.
HUKUM TAWAF WADA' WAJIB BAGI:
- Orang yang bermusafir meninggalkan Makkah pada jarak yang mengharuskannya mengqasarkan solat iaitu kadar 2 marhalah.
- Orang yang meninggalkan Makkah dan akan bermukim di luar Tanah Haram selama 4 atau lebih walaupun jaraknya kurang dari 2 marhalah sama ada penduduk Makkah atau pun bukan.
- Orang yang meninggalkan Tawaf Wada' tanpa uzur yang dibenarkan syara' dikenakan dam (tertib dan taqdir).
UZUR SYARI'E DARIPADA TAWAF WADA'
- Perempuan haid, nifas atau mustahadhah di dalam tempoh haid.
- Penyakit salisulbaul (kencing tak lawas).
- Luka, nanah, darah yang boleh menajiskan masjid.
- Orang yang dipaksa meninggalkan tawaf.
- Takut dizalimi.
- Takut ditinggalkan rakan seperjalanan.
- Bimbangkan keselamatan diri dan hartanya.
- Tidak punyai air atau debu atau tanah untuk bersuci.
PERSIAPAN SEBELUM TAWAF WADA'
- Dapatkan maklumat penerbangan pulang dari Pejabat Maktab (bagi yang akan pulang ke Malaysia atau ke Madinah).
- Persiapan dan kemaskini semua barang keperluan (jika berhajat hendak belikan barangan belilah sebelum melakukan Tawaf Wada').
- Beg bagasi di bawa ke lobi untuk urusan angkut ke bas oleh muassasah (ikut jadual yang dikeluarkan oleh Pejabat Maktab).
- Berwuduk dan pergi Tawaf Wada' dalam tempo 5 atau 4 jam sebelum bertolak meninggalkan Makkah (ikut jadual dan arahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Maktab).
- Tidak perlu memakai pakaian ihram.
- Tidak perlu keluar ke miqat.
- Sebelum Tawaf disyaratkan melafazkan niat berikut: "Ya Allah aku hendak tawaf Baitullah al Haram tujuh kelling Tawaf Wada' maka permudahkanlah bagiku dan terimalah daripadaku kerana Allah Ta'ala."
PERLAKSANAAN TAWAF WADA'
- Tidak boleh dilakukan kecuali setelah melakukan Tawaf Rukun.
- Hendaklah bersegera meninggalkan Makkah kecuali kerana perkara berkaitan solat atau perjalanan.
PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA DALAM MASJIDIL HARAM SELEPAS TAWAF WADA'
- Menunaikan Solat Sunat Tawaf.
- Mengucup Hajarul Aswad (jika berkemampuan).
- Memegang kaabah / Hijr Ismail/ Maqam Ibrahim.
- Minum air zam-zam.
- Berdoa.
- Menunaikan solat sekiranya muazzin telah melaungkan iqamat (bagi kes orang bersesak sehingga tidak dapat keluar dari Masjidil Haram atau sebaik selesai Tawaf Wada').
- Makan dan minum dalam bilik sekadar keperluan sahaja.
- Buang air kecil/besar dalam tandas bilik bangunan penginapan.
- Melakukan perkara yang tiada hubungan langsung dengan musafir tetapi wajib dilakukan kerana hajat dan keperluan maslahah khusus/umum seperti mencari isteri/isteri/keluarga teman yang hilang/barang yang hilang dan ziarah pesakit (kes kecemasan sahaja).
- Menunggu bas (walau bagaimanapun 'uruf dalam lingkungan 4-5 jam selepas Tawaf Wada').
- Mandi dan menukar pakaian.
- Mengambil gambar atau bersedekah dalam tempoh menunggu bas.
- Mengambil barang keperluan dalam bilik.
- Membeli-belah (termasuk membeli kakana burung).
- Berehat, bersantai dan tidur dalam bilik.
- Membayar hutang yang boleh ditangguhkan.
- Mengambil gambar dalam Masjidil Haram atau ketika dalam perjalanan balik ke Bangunan Penginapan.
- Bersedekah semasa di dalam Masjidil Haram atau dalam perjalanan balik ke Bangunan Penginapan.
PERKARA YANG PERLU DIELAK SELEPAS TAWAF WADA' DAN SERING DILAKUKAN OLEH JEMAAH HAJI.
- Tunai solat-solat sunat seperti hajat, taubat dan sebagainya (sila tunaikan sebelum Tawaf Wada').
- Memberi wang (walaupun SR1.00 kepada petugas pencucian Masjidil Haram atau peminta sedekah dengan tujuan niat habiskan wang Riyal).
- Masih membeli barangan yang tiada kaitan dengan keperluan perjalanan seperti tasbih, minak wangi, cincin, kain tudung, makanan burung dan sebagainya.
- Berlenga-lengah di dalam Masjidil Haram seingga menyebabkan perjalanan jemaah haji lain terganggu kerana menunggu kepulangan jemaah tersebut.
..............................................






Tiada ulasan:
Catat Ulasan