![]() |
| RM100.00 sebotol |
Sejak di Mekah lagi, isteri saya sudah batuk-batuk. Selain dari habuk yang banyak (tapi tak nampak) disebabkan pembangunan di sekeliling Masjidilharam, dia juga selalu minum jus (yang sejuk) semasa makan di hotel. Saya sentiasa minum air hangat atau air zam-zam yang sering saya bawa ke mana-mana. Air zam-zam akan saya isikan ke dalam botol setiap kali ke masjid (sama ada di Mekah atau Madinah). Air zam-zam pun ada dua jenis - yang biasa dan yang sejuk. Saya memilih air zam-zam yang tertulis NOT COOL
Sampai balik rumahpun isteri saya masih terbatuk-batuk. Dua hari selepas sampai di rumah, saya pula mula terbatuk-batuk. Anak perempuan saya juga begitu sehingga dimasukkan ke wad Hospital Muar oleh warden. Dia batuk sehingga termuntah mengeluarkan sedikit darah. Kata doktor darah itu mungkin disebabkan saluran tekak luka sebab batuk yang kerap. Maka berulang-aliklah saya setiap hari dari Yong Peng ke Muar. Memang penat, tapi anak punya pasal...terpaksalah.
![]() |
| Bertemu Hj Sha'piee b Ali di Hospital Muar semasa mambawa anak keluar dari wad. |
Sementara itu, saya dan isteri mendapatkan rawatan di klinik kesihatan Yong Peng. Dapatlah ubat batuk dan ubat mencairkan kahak. Tapi kurang berkesan. Batuk isteri semakin teruk, sementara batuk saya ada redanya. Saya selalu amalkan minum air suam.
![]() |
| pun habis juga |
Isteri saya menelefon kawannya, yang mengatakan batuknya belum reda. Perit tekak katanya. Kawannya mencadangkan sejenis madu (kata dia asli) dengan memberi nombor telefon penjualnya. Dia sendiri pernah terkena batuk yang teruk dan baik apabila menggunakan madu tersebut.
Isteri saya ni pantang ada orang sebut pasal ubat. Kalau ada orang kata "Ko minum rendaman kulit kerang"...agaknya dia pun buat juga. Ialah...nak baik dan sihat punya pasal.
Isteri pun menelefon gunakan nombor yang diberi. Namanya Puan Jamilah. Rupanya dia tinggal di Johor Bahru. Dari perbualannya saya dengar seperti orang dah kenal lama. Pn Jamilah kata, memang madu yang dijual tu sangat baik dan dijamin asli. Bila isteri tanya berapa harganya, dia kata RM100. sebotol, kalau beli tiga RM200.
Disebabkan nak baik sangat, isteri saya order sebotol. Saya kata, rugi kalau beli sebotol. Beli 3 botol jadi RM300. Bolehlah saya tumpang lagi sekaki. Tapi macam mana nak hantar. Pn Jamilah kata dia akan datang ke rumah sebab dia pun hendak ke Muar. Dua hari kemudian, Pn Jamilah memberitahu yang dia tidak dapat datang. isteri saya sudah tidak senang hati. Okeylah, kata Pn. Jamilah, dia akan hantar/kirim menggunakan bas ekspres. Bayarannya macam mana?....nantilah dulu kata Pn. Jamilah lagi.
Maka dia pun mengirim tiga botol madu melalui bas ekspres gagap. Bas KKKL. (Kepada yang belum tahu kenapa bas itu disebut bas gagap...cuba sebut nama bas itu. Sebut cepat-cepat. Kan macam orang gagap bunyinya!)
![]() |
| Cuba sebut nama bas ini cepat-cepat... |
Sukanya isteri saya bila mendapatnya. Bila dibuka tutup botolnya.....terkejut dia. Ada bunyi letupan....oooo patutlah dinamakan madu meletup!
Hingga sekarang sudah empat hari kami amalkan minum madu tersebut. Alhamdulilah..batuk saya sudah lega. Bukan kerana madu tersebut, tetapi kerana yakin dan hilangnya batuk itu kerana kehendak Allah swt jua.
Hingga sekarang juga madu itu belum dibayar lagi, sebab Pn. Jamilah yang tidak pernah dikenali (apa lagi dilihat wajahnya) itu masih belum memberi nombor akaun banknya.
Persoalannya adakah Pn. Jamilah itu benar-benar wujud atau........... (mistri).
![]() |
| Tiga botol RM200.00 tapi memang berbaloi. |
......................................





Tiada ulasan:
Catat Ulasan